Kota Lama Wajah Baharu, Zon Eksperimen di Pusat Bandar

Pemandangan halaman mak cik Qin Liukun dari dinding luar. (foto: Ma Taotao/People.cn)

Pemandangan halaman mak cik Qin Liukun dari dinding luar. (foto: Ma Taotao/People.cn)

Pokok delima berusia lebih 100 tahun, pokok loquat berusia lebih 60 tahun, pokok maple merah berusia lebih 40 tahun, dan pokok epiphyllum berusia lebih 20 tahun……

“Rumah lama kami dibina lebih 90 tahun dulu. Sejak nenek moyang, kami telah tinggal di sini satu generasi demi satu generasi,” ujar mak cik Qin Liukun, orang tempatan Nanjing yang berusia lebih 70 tahun.

Rumah lama mak cik Qin terletak di blok Xiaosihu, kawasan teras selatan bandar lama Nanjing. Blok ini merupakan salah satu daripada 28 kawasan bersejarah yang dikenal pasti dalam Pelan Perlindungan Kota Bersejarah dan Budaya Nanjing. Blok kediaman yang mengekalkan bentuk ruang dan struktur sosial tradisional seperti blok Xiaoxihu adalah agak jarang dan amat bernilai.

Pada 2015, blok Xiaosihu memulakan projek pengubahsuaian dan pembaharuan, menjadi zon eksperiman di pusat bandar. Projek tersebut mengikut idea baharu yang meletakkan “pengekalan” pada kedudukan paling utama dan bukannya “perobohan”.

Pemandangan sebahagian blok Xiaoxihu. (foto: Ma Taotao/People.cn)

Pemandangan sebahagian blok Xiaoxihu. (foto: Ma Taotao/People.cn)

Huang Jie, timbalan pengurus Kumpulan Perlindungan dan Pembinaan Kawasan Bersejarah Nanjing berkata, “Kami menghormati kehendak penduduk yang tinggal di blok ini, dan mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan bentuk ruang lama blok, supaya jangan menjadikan penduduk merasakan kawasan lama yang diubah suai dan dibaharui hilang kaitan dan keakraban dengan mereka.”

Dalam projek ini, 402 daripada semua 810 isi rumah memilih terus tinggal di sana, yang lain memilih untuk berpindah ke rumah baharu. Di ruang yang dikosongkan selepas mereka berpindah, format baharu seperti kedai teh, inap desa, restoran, muzium serangga dan studio telah dibina. Sebagai contoh, Gu Yeliang, pewaris warisan budaya tidak ketara kebangsaan tanglung Qinhuai, membuka studionya di blok Xiaoxihu. Unsur sejarah dan moden digabungkan di sana, menjadi tempatnya sejarah dan modenisasi bersimbiosis.

Pemandangan di Pintu Selatan blok Xiaoxihu. (foto: Ma Taotao/People.cn)

Pemandangan di Pintu Selatan blok Xiaoxihu. (foto: Ma Taotao/People.cn)

Pada 26 November tahun lalu, Anugerah Pemuliharaan Warisan Budaya Asia-Pasifik UNESCO 2022 diumumkan, dan projek pengubahsuaian dan pembaharuan blok Xiaoxihu memenangi kategori Projek Reka Bentuk Inovatif. Ini kali pertama provinsi Jiangsu memenangi anugerah tersebut sejak berkenaan dilancarkan pada tahun 2000.

“Dari segi inovasi sosial dan teknologi, projek pengubahsuaian dan pembaharuan blok Xiaoxihu memberikan pengalaman yang boleh dipromosikan dan ditiru”, demikian juri memberi penilaian.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan