Kisah Hadiah daripada Xi: Pasu Cloisonne Bawa Maksud Kedamaian Jadi Lambang Pertukaran Peradaban

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 27 April 2023

Pada 11 November, Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-22 diadakan di Tasik Yanqi, Beijing.

Pada 11 November 2014, Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-22 dianjurkan di Tasik Yanqi, Beijing, dihos oleh Presiden China Xi Jinping. (Xinhua/Lan Hongguang)

Pada 11 November 2014, Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-22 dianjurkan di Tasik Yanqi, Beijing, dihos oleh Presiden China Xi Jinping. (Xinhua/Lan Hongguang)

Bagi menyambut kehadiran para pemimpin asing, Presiden China Xi Jinping membawa sebuah pasu cloisonne yang diberi nama “Sihaishengping”, membawa maksud kedamaian dunia, sebagai hadiah. Tingginya 38 sentimeter, diameternya 21 sentimeter, masing-masing melambangkan Dewan Qinian (dewan untuk mendoakan tuaian baik) yang terletak di Kuil Tiantan dan 21 anggota APEC. Corak ombak pada pasu itu melambangkan “Sihai”(seluruh dunia) dan juga rantau Asia-Pasifik, manakala “Ping” bermaksud pasu dan juga homonim kepada kedamaian, sekali gus membawa maksud kedamaian dunia dan kemajuan bersama.

Pasu cloisonne “Sihaishengping”. (Foto/Hu Yang)

Pasu cloisonne “Sihaishengping”. (Foto/Hu Yang)

“Hari ini, kita berkumpul di Tasik Yanqi. Tujuannya adalah memperkuat kerjasama, melebarkan sayap dan menuju ke visi baharu Asia-Pasifik.” Demikian ujar Xi pada majlis itu. Meski pasunya kecil, tapi proses membuatnya agak rumit. “Ia bukan sahaja menunjukkan sejarah panjang dan peradaban moden China, tetapi juga mencerminkan pertukaran, pembelajaran, keterangkuman dan kemajuan bersama antara peradaban yang berbeza.”

China sentiasa bersikap terbuka kepada tamadun dan budaya yang berbeza, teguh menjunjung kesaksamaan dan keharmonian dalam pertukaran sesama bangsa seluruh dunia. Terbukti dalam sejarah bahawa hanya dengan pertukaran, barulah peradaban dapat kekal rancak. Asalkan berpegang pada fikiran yang terbuka, boleh saja menghindari pertembungan tamadun (clash of civilizations) dan mewujudkan keharmonian.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan