Trend Budaya Teh Baharu Sedang Popular (3)

Minuman dan pencuci mulut berperisa teh yang dihasilkan oleh Heytea dan Theater Tea menyasarkan pengguna muda yang mencari pengalaman baharu dengan teh Cina. (foto: China Daily)

Minuman dan pencuci mulut berperisa teh yang dihasilkan oleh Heytea dan Theater Tea menyasarkan pengguna muda yang mencari pengalaman baharu dengan teh Cina. (foto: China Daily)

Memandangkan beberapa kedai teh tradisional yang sebelum ini mensasarkan ahli perniagaan atau kumpulan pertengahan umur telah berubah menjadi kedai teh Cina gaya baharu, lebih ramai golongan muda tertarik untuk berkunjung dan menikmati produk mereka.

"Tempat sebegini telah dihias untuk memenuhi permintaan golongan muda dan telah mencipta suasana sosial baharu. Mereka sedang berusaha untuk mempromosikan budaya teh di kalangan generasi muda dan telah berjaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

Lebih banyak penerokaan untuk gabungan baharu antara budaya teh tradisional, budaya pop dan kehidupan moden boleh dilakukan, kata Shen.

Di Shenzhen, provinsi Guangdong, selepas melancarkan set teh untuk penggunaan atas dapur gas pada musim sejuk lalu, "the Bay by Chef Fei", sebuah restoran yang dikendalikan oleh cef Huang Jinghui, berbintang Michelin, melancarkan teh hijau panggang pada musim bunga, buatan tangan seorang pakar teh.

Forum seni yang bertopikkan hubungan antara seni awam dan estetika kehidupan telah diadakan di Shenzhen pada bulan Februari, dengan semua peserta duduk di keliling dapur membancuh teh.

Dengan lebih 950 kedai di seluruh China, syarikat minuman Heytea telah mewujudkan hubungan yang rapat dengan kehidupan seharian orang ramai.

Pada 20 Mei 2022, Heytea bekerjasama dengan pejabat pendaftaran perkahwinan biro hal ehwal awam di Shenzhen, Wuhan di provinsi Hubei, Xi'an di provinsi Shaanxi dan Chengdu di provinsi Sichuan untuk melancarkan kempen pemberian hadiah khas "Great Joy Day". Kebahagiaan pasangan pengantin pada hari istimewa mereka digandakan dengan hadiah daripada Heytea. Tahun lepas, lebih 70,000 pasangan menerima produk Heytea percuma pada hari perkahwinan mereka.

Heytea juga melancarkan satu siri produk dengan kerjasama drama popular A Dream of Splendor, yang berlatarkan zaman China purba apabila budaya teh berkembang pesat dan menikmati teh telah menjadi sebahagian daripada kehidupan para cendekiawan dan rakyat biasa. Lebih 300,000 cawan minuman berjenama bersama, yang diilhamkan daripada drama itu, telah terjual pada hari pertama pelancaran.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan