Trend Budaya Teh Baharu Sedang Popular (4)

Minuman dan pencuci mulut berperisa teh yang dihasilkan oleh Heytea dan Theater Tea menyasarkan pengguna muda yang mencari pengalaman baharu dengan teh Cina. (foto: China Daily)

Minuman dan pencuci mulut berperisa teh yang dihasilkan oleh Heytea dan Theater Tea menyasarkan pengguna muda yang mencari pengalaman baharu dengan teh Cina. (foto: China Daily)

Sun Xuling, pengasas bersama Theater Tea, rangkaian kedai teh moden di Beijing dan Shanghai menyedari bahawa orang ramai kian mengambil berat tentang kesihatan mereka. Kesedaran ini dizahirkan melalui pemilihan mereka untuk teh dan minuman bermusim yang kurang manis.

"Manfaat teh untuk kesihatan lebih menonjol apabila disesuaikan dengan empat musim," katanya. Pada musim sejuk, orang lebih suka minum teh hitam atau teh yang ditapai, manakala pada musim panas, teh hijau lebih digemari ramai.

Orang ramai semakin berminat dengan rentak kehidupan yang lebih perlahan dan menikmati hidup mereka. Ini adalah permulaan yang baik bagi mereka yang ingin mencuba teh, kata Sun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan