Bekalan Makanan China Kekal Mencukupi

(CRI)Jumaat 12 Mei 2023

China terus mengukuhkan keterjaminan makanan negara sekali gus mengoptimumkan lagi struktur stok simpanan bijirin bagi memastikan bekalan domestik sentiasa mencukupi.

Ketua Pentadbiran Rizab Strategik dan Makanan Kebangsaan (NFSRA), Cong Liang berkata prestasi pengeluaran bijirin di seluruh negara ketika ini kekal mapan.

“Kadar sara diri bagi setiap makanan ruji melepasi 100 peratus, manakala jumlah pemilikan bijirin per kapita sebanyak 483 kilogram, lebih tinggi daripada paras keselamatan makanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu 400 kilogram,” kata Cong.

Menurut beliau, rizab bijirin serta minyak yang siap diproses di 36 bandar besar dan sederhana boleh bertahan sekurang-kurangnya selama 15 hari.

“Pembelian bijirin purata tahunan di China adalah sebanyak 400 bilion kilogram, dan ia turut memberi jaminan terhadap pulangan pengusaha ladang,” kata Cong semasa sesi taklimat di Beijing, pada Khamis.

Di samping itu, China terus meningkatkan tahap pemodenan penggudangan bijirin serta perkhidmatan logistik.

“Sektor penggudangan bijirin kini berkelas dunia dengan kapasiti hampir 700 juta tan, sementara rangkaian logistik berkenaan juga semakin lengkap,” tambah beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan