Industri Kejenteraan Beralih ke Arah Pintar dan Hijau

(CRI)Isnin 15 Mei 2023

Industri kejenteraan China sedang beralih ke arah pintar dan hijau secara komprehensif. Negara ini akan mendorong pembangunan berkualiti tinggi dalam industri kejenteraan melalui pelbagai cara.

Ketua Ahli Ekonomi Kementerian Industri dan Maklumat, Gao Dongsheng mengatakan demikian dalam pameran jentera antarabangsa Changsha ke-3.

Menurutnya, China telah membina 11 kilang contoh pembuatan pintar, dan lebih 20 firma pengurusan rantaian bekalan hijau. Sementara itu, China akan mempercepat pembinaan platform pendigitalan perindustrian serta menggalakkan pembangunan bersama perusahaan kecil, sederhana dan besar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan