Kerjasama Multilateral, Fokus GSS di Berlin

(CRI)Selasa 16 Mei 2023

Sidang Kemuncak Penyelesaian Global (GSS) yang bertemakan “Penyusunan semula masyarakat: menuju ke masa depan yang berterusan, inklusif dan bersama” membuka tirai di Berlin, Jerman semalam waktu tempatan. GSS yang berlangsung selama dua hari itu diserikan dengan kehadiran lebih 1,000 orang selebriti termasuk 200 orang yang berpeluang menyampaikan ceramah. Sejumlah pakar China dari jabatan kerajaan, sektor korporat dan akademik ditugaskan menyertai beberapa forum yang temanya berkisar pada keselamatan sumber tenaga, sistem multilateral dan transformasi ekonomi.

Semasa tempoh berlangsungnya GSS, ramai selebriti asing mengeluarkan harapan mereka mahu bekerjasama dengan China dan yakin kerjasama itu akan mencapai hasil positif dalam menghadapi cabaran global.

Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam GSS menyatakan bahawa hanya dengan berusaha bersama-sama menjana inisiatif impak sosial dalam senario global dan mendorong penerokaan teknologi baharu, pelbagai pihak barulah dapat melakar pencapaian ketika menghadapi cabaran global seperti konflik antara Rusia dengan Ukraine, perubahan iklim dan lain-lain.

Wang Huiyao, Ketua Pusat Globalisasi dan China (CCG) yang bakal menyampaikan ucapan dalam Forum “Masa Depan dan Pembangunan Sistem Multilateral”, berpendapat bahawa ramai wakil China mengambil bahagian dalam sidang kali ini yang dilihat bermakna besar, dan mengeluarkan banyak pendirian China melibatkan globalisasi ekonomi, perubahan iklim, pembangunan berterusan, ekonomi digital, kerjasama China-Eropah pada masa akan datang serta bagaimana mengelakkan solidariti dunia daripada kian hari kian merudum.

Bekas pemangku penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Susan Thornton ketika menerima wawancara China Media Group (CMG) menyatakan bahawa beliau teruja mendengar suara dari China dan menyaksikan peningkatan interaksi antara China dengan negara lain dalam forum antarabangsa penting seumpama itu kerana ini kondusif bagi menjalankan lebih banyak kerjasama dalam menghadapi cabaran global.

Ahli Akademi Sosial Britain, Martin Albrow pula menyatakan bahawa pelbagai negara dikehendaki mengintensifkan kerjasama dengan China dalam menangani isu perubahan iklim. Beliau menumpukan perhatian besar terhadap pandangan dan cadangan China tentang membentuk sistem tadbir urus global dan tata tertib antarabangsa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan