Tahniah Xi untuk Forum Pembangunan Tibet China 2023

(CRI)Rabu 24 Mei 2023

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Forum Pembangunan Tibet China 2023 yang dirasmikan di Beijing semalam.

Beliau menyatakan bahawa hidup bahagia adalah hak asasi yang paling penting bagi rakyat, sedangkan pembangunan merupakan kunci bagi menambah rasa bahagia kepada rakyat. Sejak berakhirnya Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China, rakyat Tibet yang berbilang kaum yang bertunjangkan barisan penjawat awam bersemangat gigih menghapuskan ranjau duri dalam menempuh jalan ke masyarakat yang bebas daripada belenggu kemiskinan tegar. Pencapaian ini tidak terlepas dari sokongan teguh kerajaan pusat dan rakyat seluruh negara. Sebagai satu komponen dalam masyarakat makmur sederhana di negara China, Tibet menunjukkan landskap kemakmuran yang dinamik.

Xi menekankan bahawa dalam usaha mendorong modeniasi ala China, Tibet diharap memegang konsep pembangunan baharu dengan lengkap, tepat dan menyeluruh, mendorong dengan cepat pembangunan berkualiti tinggi, berusaha membina tamadun dan memupuk etika yang selaras dengan negara sosialis yang harmoni dan indah dan membantu rakyat tempatan menikmati kehidupan yang lebih bahagia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan