China Bertekad Bela Kepentingan Sah Sektor Korporat

(CRI)Khamis 25 Mei 2023

Pemeriksaan China terhadap jualan produk Syarikat Micron AS dalam bidang keselamatan siber mempunyai rujukan undang-undang, dan keputusan yang dibuatnya adalah berdasarkan realiti.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan terbabit tidak menyasarkan negara dan rantau tertentu. China tidak menolak teknologi dan produk daripada mana negara pun. Yang tidak boleh diterima itu bukan tindakan China melainkan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang bersifat menindas yang menyenaraikan lebih 1,200 perusahaan dan individu China dengan dalih keselamatan wilayah untuk mengenakan sekatan yang bermacam-macam.

Menurut Mao, China tegas menentang perbuatan Washington yang membesar-besarkan konsep 'keselamatan wilayah', dan menyalahgunakan kuasa negara dalam melakukan penindasan terhadap perusahaan China. Sehubungan itu, China akan terus bangkit mengambil langkah yang diperlukan dalam membela kepentingan sah sektor korporatnya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan