154 Atlet Sertai Perlumbaan Basikal Keliling Tasik Qinghai

(CRI)Jumaat 26 Mei 2023

Sebagai salah satu acara berbasikal tersohor di China, perlumbaan basikal jalan raya mengelilingi Tasik Qinghai ke-22 dijadualkan berlangsung pada musim panas ini.

Tasik Qinghai yang setinggi 3,196 altitud di provinsi Qinghai, barat laut China merupakan tasik pedalaman terbesar di negara ini.

Untuk rekod, perlumbaan kali ini bakal dirasmikan di Xining, ibu kota provinsi Qinghai pada 8 Julai nanti.

Perlumbaan akan diadakan pada 9 hingga 16 Julai dan majlis penutup akan diadakan di pekan Chaka, kaunti Wulan, Haixi pada malam 16 Julai.

Perlumbaan kali ini dibahagikan kepada lapan segmen dengan jarak perjalanan keseluruhan sejauh 1,344 kilometer termasuk jarak perlumbaan sejauh 1,294 kilometer dan jarak transit sejauh 50 kilometer.

Difahamkan, sebanyak 22 pasukan yang terdiri daripada 154 atlet dari empat benua akan bertanding dalam perlumbaan kali ini, termasuk 5 pasukan profesional, 15 pasukan antara benua dan 2 pasukan kebangsaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan