Pangkalan Marikh-1: Latih Hidup di Marikh

Pangkalan Marikh-1: Latih Hidup di Marikh
(foto: Li Ya Long/Chinanews.cn)

Pada 15 Mei lalu, peserta mengadakan latihan berjalan luar kenderaan (extravehicular) di Kem Pangkalan Marikh-1. Kem Pangkalan Marikh-1 yang terletak di bandar Jinchang, provinsi Gansu, dibina di bawah bimbingan Pusat Penyelidikan dan Latihan Angkasawan China serta Pusat Pertukaran Antarabangsa Sains dan Teknologi Aeroangkasa China.

Gurun Gobi di provinsi Gansu mempunyai ciri topografi dan bentuk muka bumi yang paling serupa dengan planet Marikh. Kem tersebut ialah pangkalan pengalaman imersif pertama yang seumpama di China, menawarkan simulasi hidup di Marikh, binaan sebenar mengikut landskap Marikh, penggunaan teknologi cereka sains atau sci-fi, dan sebagainya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan