Festival Filem Antarabangsa Shanghai Buka Tirai

(CRI)Jumaat 09 Jun 2023

Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-25 membuka tirai di Shanghai malam ini.

Dianjurkan sejak tahun 1993, festival yang bersejarah 30 tahun itu telah menjadi saksi kepada perkembangan usaha perfileman di China.

2023, ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan juga ulang tahun ke-5 Gabungan Festival Filem BRI yang dicadangkan SIFF.

Siri aktiviti termasuk Mingguan Filem BRI, Mingguan Filem Fiksyen dan tayangan filem jelajah akan diadakan pada edisi kali ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan