Ribuan Orang Kongsi "Jamuan Udang Galah"

Ribuan Orang Kongsi
Kakitangan sebuah hotel di pekan Xuyi menyediakan udang galah untuk ribuan orang. (foto: Xu Changyin/People.cn)

Pada malam 13 Jun, pekan Xuyi di bandar Huai'an, provinsi Jiangsu menyediakan "jamuan udang galah" dan menjemput beribu-ribu orang datang menikmatinya bersama. Sebanyak 40 tan udang galah dihidangkan kepada tetamu.

Xuyi, sebuah pekan yang menjadi terkenal kerana udang galah. Kini, seperempat penduduk di kawasan tersebut terlibat dalam industri yang berkaitan. Pada 2022, nilai keluaran industri udang galah mencecah 20.2 bilion yuan (13.08 bilion ringgit).

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pekan Xuyi menggalakkan perkembangan teknologi, membentuk sistem sihat untuk pembiakan udang galah pada skala besar, mendorong pembangunan bersepadu industri dan meningkatkan jenama udang galah keluaran tempatan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan