Pekan Jiangxiang: "Sampel Jiangsu" bagi Pembangunan Desa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 27 April 2023

Pekan Jiangxiang yang terletak di persimpangan bandar Changshu, Kunshan dan Taicang di provinsi Jiangsu, meliputi keluasan 3 kilometer persegi. Pada masa ini, pekan tersebut mempunyai 200 isi rumah yang teridiri daripada 900 orang penduduk, dan sedang berusaha untuk mewujudkan pembangunan desa sebagai "sampel Jiangsu".

Menurut Chang Desheng, setiausaha pertama Jawatankuasa Parti Pekan Jiangxiang, jumlah nilai keluaran pekan tersebut pada tahun 2022 mencecah 1 bilion yuan (0.64 bilion ringgit) dan pendapatan boleh guna per kapita melebihi 62,500 yuan (40,255 ringgit). Kini, aset bersih mencapai 366 juta yuan (236 juta ringgit) dan modal kerja melebihi 140 juta yuan (90 juta ringgit). "Sekarang, setiap isi rumah di pekan Jiangxiang tinggal di vila seluas lebih 220 meter persegi", kata Chang Desheng.

Chang Desheng, setiausaha pertama Jawatankuasa Parti Pekan Jiangxiang memberi penjelasan kepada kumpulan wartawan di Muzium Sejarah Pekan Jiangxianag. (foto: Yang Wenquan/People.cn)

Chang Desheng, setiausaha pertama Jawatankuasa Parti Pekan Jiangxiang memberi penjelasan kepada kumpulan wartawan di Muzium Sejarah Pekan Jiangxianag. (foto: Yang Wenquan/People.cn)

Selama bertahun-tahun, pekan Jiangxiang telah memainkan peranan penuh jawatankuasa parti peringkat akar bumi, membawa penduduknya menempuh jalan pembangunan desa.

Penduduk di pekan Jiangxiang menunjuk kepada kumpulan wartawan tanah hitam melekit di sawah padi organik mereka. (foto: Yang Wenquan/People.cn)

Penduduk di pekan Jiangxiang menunjuk kepada kumpulan wartawan tanah hitam melekit di sawah padi organik mereka. (foto: Yang Wenquan/People.cn)

Di pekan Jiangxiang, padi hanya ditanam satu pusingan setiap tahun. Penduduk akan meggunakan tempoh tanah rang untuk membangunkan industri akuakultur, iaitu pada setiap musim sejuk dan musim bunga. Angsa yang mereka ternak boleh dijual pada Mei atau Jun.

Setakat ini, pekan Jiangxiang telah membuka 1,200 mu (485.7 hektar) sawah padi organik, yang dikontrak oleh 13 penanam bijirin besar. Proses keseluruhan penanaman, penuaian dan penyimpanan dijalankan secara mekanikal, dan keluaran beras organik setiap satu mu (0.4 hektar) mencapai 400 hingga 450 kilogram.

Foto ini menunjukkan model paparan rancangan pembangunan pekan Jiangxiang. (foto: Yang Wenquan/People.cn)

Foto ini menunjukkan model paparan rancangan pembangunan pekan Jiangxiang. (foto: Yang Wenquan/People.cn)

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pekan Jiangxiang melabur hampir 40 juta yuan (25.7 juta ringgit) untuk membina rumah jagaan Jiangxiang dengan 260 katil, bagi memastikan kebajikan warga emas terjaga. Penduduk pekan yang berumur 58 tahun bagi lelaki dan 55 tahun bagi wanita boleh menerima pencen antara 600 hingga 2,300 yuan (386 hingga 1,479 ringgit) setiap bulan. Selain itu, pekan tersebut juga membina teater petani, perpustakaan dan kemudahan sebagainya, untuk memperkaya kehidupan rohani penduduk, terutamanya warga emas.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan