- Lain-lain
Sektor Korporat Sandarkan Pasaran China
Lawatan ke China yang berturut-turut diadakan oleh beberapa taikun perniagaan Amerika Syarikat (AS) Baru-baru ini, merupakan cerminan sektor korporat yang tidak senada dengan mereka yang membising.
Dalam satu majlis jamuan malam yang berkaitan dengan Ekspo Rantai Bekalan Antarabangsa China yang julung kalinya diadakan di Beijing, perwakilan daripada 200 buah syarikat dari dalam dan luar negara China terpilih sebagai responden dalam satu tinjauan pendapat anjuran pihak akhbar.
Sebanyak 86 borong soal selidik yang diambil balik melibatkan lapan sektor termasuk kesihatan, sumber tenaga bersih, kenderaan pintar, perkhidmatan rantai bekalan, sains dan teknologi digital.
Hasil tinjau itu menunjukkan bahawa terdapat lima daripada lapan buah syarikat sains dan teknologi digital yang menerima soal selidik itu menganggap bahawa krisis politik global merupakan isu terbesar yang mempengaruhi perniagaannya di China. Ada sebuah syarikat meninggalkan lampiran dalam borong maklum balasnya yang berbunyi bahawa "jangan memutuskan rantai bekalan".
Dalam penilaian terhadap prestasi rantai bekalan, terdapat tiga perempat syarikat sains dan teknologi digital menganggap bahawa kebergantungan rantai bekalan sejagat kepada China dalam sektor sains dan teknologi digital kian meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ketika ditanya harapan terhadap Ekspo Rantai Bekalan Antarabangsa China, para responden memberi jawapan mereka yang paling banyak berkaitan dengan bertambahnya rakan kerjasama beserta surat tempahan.
Walaupun menyedari akan adanya krisis, sektor korporat tetap memilih menyandarkan China dan berharap menjalankan lebih banyak kerjasama dengan China, sekali gus membuktikan bahawa krisis itu bukanlah berpunca dari negara Tembok Besar ini.
- 16 Langkah Kastam Tingkatkan Kecekapan Logistik Rentas Sempadan
- Indeks Prestasi Logistik China Meningkat
- Sektor Logistik China Beroperasi Mantap
- Volum Pasaran Logistik China Dominasi Dunia
- Sektor Logistik E-dagang China Pulih Cepat
- PMI Pembuatan Naik, Ekonomi Global Pulih
- Sektor Logistik China Tumbuh 3.4 Peratus