Dialog Nishan WIC Teroka Laluan Baharu Pembangunan Teknologi AI

(CRI)Isnin 26 Jun 2023

Dialog Nishan mengenai Tamadun Digital Persidangan Internet Dunia (WIC) yang dirasmikan di kota Qufu, provinsi Shandong hari ini dijangka meneroka laluan baharu untuk pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Bertemakan "The Age of AI: Building a Digital World of Exchanges, Mutual Learning and Inclusiveness" Dialog Nishan merupakan acara tema khas pertama WIC sejak penubuhan pertubuhan antarabangsa tersebut.

Antara aktiviti yang dijadualkan sempana dialog itu adalah majlis pembukaan, forum utama, majlis pelancaran Pelan Tindakan Kebajikan Awam AI WIC, serta forum yang disertai perwakilan dan ahli berkenaan.

Difahamkan, fokus para peserta dalam forum utama akan tertumpu kepada topik-topik seperti "Membina AI yang Selamat dan Dipercayai", "AI Memperkasa Perkembangan Pelbagai Industri" dan "Hala Tuju Perkembangan Tamadun Manusia dalam Era AI".

Menurut penganjur, objektif forum tersebut adalah bagi menggalakkan semua pihak untuk meneroka nilai zaman sejarah dan kebudayaan dengan lebih baik pada zaman digital, mengukuhkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosiobudaya, serta memberi input agar dapat bersama-sama mendorong pembangunan dan kemajuan tamadun manusia.

Untuk rekod, dialog anjuran WIC dan kerajaan Provinsi Shandong itu berjaya menarik lebih 400 perwakilan peringkat tinggi pertubuhan antarabangsa seperti UNESCO, Persatuan Global untuk Sistem Komunikasi Mudah Alih (GSMA), Persatuan Kemajuan Kecerdasan Buatan (AAAI), Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU), Jawatankuasa Eropah untuk Penstandardan (CEN), dan Pertubuhan Teknologi Komunikasi dan Maklumat Arab (AICTO).

Wakil kerajaan, perusahaan, akademik dan institusi penyelidikan dari pelbagai negara turut mengambil bahagian dalam dialog yang diadakan secara hibrid.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan