Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika ke-3 Saksikan 120 Projek Termeterai

(CRI)Isnin 03 Julai 2023

Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika ke-3 yang berlangsung pada 29 Jun hingga 2 Julai di bandar Changsha, provinsi Hunan menyaksikan termeterainya sebanyak 120 buah projek yang bernilai USD10.3 bilion (RM48 bilion), dan tercapainya kontrak yang berada pada fasa perancangan yang bernilai USD400 juta (RM1.87 bilion).

Dalam tempoh ekspo itu, 11 buah negara Afrika mengeluarkan 74 buah projek kerjasama dan hasil daripada 34 buah projek kerjasama diumumkan antaranya termasuk indeks perdagangan China-Afrika yang dikeluarkan buat pertama kalinya.

Kesemua 53 buah negara Afrika yang berhubungan dipomatik dengan China telah menjadi pempamer dalam ekspo kali ini yang turut disempurnakan dengan kehadirian 12 buah pertubuhan antarabangsa, dan lebih 1,700 buah syarikat, persatuan perniagaan dan badan kewangan dari Afrika serta 30 buah provinsi, wilayah dan bandar China.

Keluasan pameran kali ini mencatat 100,000 meter persegi, bertambah 30,000 meter persegi berbanding edisi yang lalu. Hampir 1,600 jenis produk pameran daripada 29 buah negara Afrika telah menarik pengunjung seramai lebih 100,000 orang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan