China Gesa AS Hentikan Sekatan Sepihak terhadap Venezuela

(CRI)Jumaat 07 Julai 2023

China komited melindungi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan norma asas hubungan antarabangsa, selain menghormati jalan pembangunan yang dipilih secara bebas oleh rakyat Venezuela.

Wakil China menyuarakan pandangan sedemikian pada sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Rabu.

“China menghargai usaha dan hasil yang dilakar oleh kerajaan Venezuela dalam menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia, di samping berharap masyarakat antarabangsa melihat keadaan hak asasi manusia di Venezuela secara adil dan objektif.

“China berpendirian konsisten dalam menyokong penyelesaian perselisihan dalam bidang hak asasi manusia melalui dialog dan kerjasama yang bersifat membina, menyelesaikan isu-isu berkaitan menerusi kerjasama teknikal dan pembinaan keupayaan, serta menentang campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal dalaman Venezuela.

“Tindakan paksa unilateral yang disalahgunakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Venezuela merupakan politik kuasa dan diplomasi paksa, dan turut membawa halangan besar terhadap usaha Venezuela untuk membangunkan sosioekonomi dan meningkatkan tahap hidup rakyat, malahan mencabuli hak asasi manusia rakyat Venezuela yang melibatkan hak untuk hidup dan hak pembangunan.

“AS patut menghentikan tindakan seumpama itu dengan segera,” kata wakil China itu

Gaya Hidup

Berita Berkaitan