Xinjiang Sambut Puncak Pengangkutan Awam

(CRI)Selasa 20 Jun 2023

Sektor pelancongan dan perdagangan di wilayah Xinjiang China menyambut puncak pengangkutan awam.

Menurut statistik, jumlah penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi mencapai 10.08 juta orang setakat 19 Jun, dengan jumlah perlepasan dan pendaratan sebanyak 76,000 kali.

Pada masa ini, jumlah penerbangan dari Urumqi ke bandar-bandar utama dalam negeri seperti Beijing, Chengdu, Shanghai, Xi'an, dan Hangzhou adalah lebih daripada 15 kali setiap hari.

Pada masa sama, penerbangan antarabangsa juga sedang pulih secara stabil. Setakat 17 Jun, jumlah pengembara antarabangsa yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi mencecah 74,000. Laluan penerbangan ke 13 bandar di luar negara, termasuk Islamabad, Almaty, Dushanbe, dan Tbilisi telah disambung semula.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan