Xi Beri Arahan Penting tentang Keselamatan Siber dan Kerja Maklumat

(CRI)Isnin 17 Julai 2023

Presiden China Xi Jinping memberikan arahan penting tentang keselamatan siber dan kerja maklumat baru-baru ini.

Beliau menekankan bahawa sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC), China telah mencapai kemajuan signifikan dalam keselamatan siber dan kerja maklumat, dan sistem tadbir urus komprehensif ruangan siber telah disiapkan pada asasnya. Di samping itu, sistem dan daya jaminan keselamatan siber meningkat secara berterusan, manakala kebergantungan diri sains dan teknologi dalam bidang maklumat semakin ditingkatkan.

Menurut Xi, peranan keselamatan siber dan kerja maklumat amat penting pada era baharu. Pihak-pihak berkaitan perlu berusaha memperkasakan pembinaan ruangan siber demi pembangunan negara, sekali gus menyumbang kepada pembinaan negara sosialis moden dalam segenap aspek dan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa secara menyeluruh.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan