Kapasiti Janakuasa TBB China Cecah 1.3 Bilion kW

(CRI)Khamis 20 Julai 2023

Sektor tenaga boleh baharu (TBB) di China mempamerkan momentum perkembangan yang kukuh pada setengah tahun pertama, dengan kapasiti janakuasa terpasang terus meningkat secara mantap.

Menurut Jabatan Pentadbiran Tenaga Negara (NEA), kapasiti penjanaan hidrokuasa, tenaga angin, suria dan biojisim masing-masing mencatat 418 juta kilowatt (kW), 390 juta kW, 471 juta kW dan 43 juta kW sehingga akhir Jun lalu.

Data terkini NEA turut menunjukkan kapasiti janakuasa TBB melepasi 1.32 bilion kW, bertambah 18.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Angka tersebut menduduki kira-kira 48.8 peratus keseluruhan kapasiti terpasang negara ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan