Kenderaan Tenaga Alternatif, Tumpuan Auto Shanghai 2023

(CRI)Jumaat 21 April 2023
Kenderaan Tenaga Alternatif, Tumpuan Auto Shanghai 2023

Kenderaan tenaga alternatif menggamit perhatian pengunjung ke Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai ke-20 atau dikenali sebagai Auto Shanghai 2023.

Untuk rekod, kenderaan mesra alam itu menyumbang lebih separuh daripada 1,500 kenderaan lengkap yang diperlihatkan kepada umum.

Daripada kenderaan elektrik kepada kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV), sehingga ke sistem sensor pintar dan pemanduan autonomi, pengunjung yang datang ke Auto Shanghai pasti rambang mata sebaik melihat pelbagai jenis kereta hijau antaranya kereta sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pada harga berpatutan hingga ke paras yang mahal.

Data rasmi menunjukkan, pengeluaran kenderaan tenaga alternatif di China meningkat sebanyak 27.7 peratus kepada 1.65 juta unit pada suku pertama tahun ini.

Bagi aspek jualan, kenderaan jenis berkenaan merekodkan peningkatan sebanyak 26.2 peratus kepada 1.586 juta unit dalam tempoh sama.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan