Naib PM China Tinjau Kerja Tangani Banjir

(CRI)Isnin 07 Ogos 2023

Atas amanat Presiden Xi Jinping, Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing mengetuai pegawai agensi kerajaan meninjau kerja-kerja menangani banjir di provinsi Heilongjiang pada hujung minggu lalu.

Zhang menegaskan bahawa keselamatan nyawa dan harta benda rakyat perlu dijadikan keutamaan dalam usaha menangani banjir.

Kata beliau, tenaga pelbagai pihak hendaklah dimobilisasikan sepenuhnya untuk menjalankan kerja penyelamatan, menempatkan dengan baik penduduk yang terjejas, berusaha mengelakkan kemalangan jiwa dan kecederaan serta mengurangkan kerugian harta benda dengan sedaya upaya.

Video

Berita Berkaitan