Mudah Dapat Kerja Jika Fasih Bahasa Cina ——Suara Pelajar Institut Confucius di Negara Asia Tenggara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 22 Ogos 2023

Baru-baru ini, Persidangan Bersama Institut Confucius di Asia Tenggara yang dihoskan oleh Yayasan Pendidikan Bahasa Cina Antarabangsa China telah diadakan di Beijing. Hampir 300 wakil dari Institut Confucius (bilik darjah) dan institusi rakan kongsi dari 10 negara Asia Tenggara menghadiri acara itu, berkongsi pengalaman mengendalikan Institut Confucius (bilik darjah) dan membincangkan inovasi kolaboratif di rantau ini.

Pakar yang mengambil bahagian berkata bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Institut Confucius telah melaksanakan model "Pendidikan Cina + Vokasional", membina platform untuk pertukaran antara universiti, dan meluaskan aplikasi penggunaan bahasa Cina.

MENGGALAKKAN PELANCONGAN TEMPATAN

Di Kemboja, bahasa Cina sering digunakan oleh kakitangan darat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, kakitangan perkhidmatan di kedai cenderamata, dan pemandu "tuk-tuk". Boleh berbahasa Cina telah menjadi kemahiran bonus penting untuk kakitangan pelancongan tempatan.

Institut Confucius di Akademi Diraja Kemboja telah ditubuhkan bersama oleh Universiti Jiujiang di provinsi Jiangxi dan Akademi Diraja Kemboja. Menurut laporan, sejak 2015, institut itu terus-menerus menawarkan pelbagai kursus khas "bahasa Cina + pelancongan China”, dan telah memberi banyak manfaat kepada sektor pelancongan negara itu.

Antaranya, jurusan bahasa Cina untuk perhotelan adalah projek istimewa institut itu. Pada masa ini, banyak pelajar lulusan jurusan bahasa Cina untuk perhotelan telah mula bekerja, dan ramai daripada mereka bekerja di hotel besar tempatan dan perusahaan terkenal bagi menyediakan perkhidmatan untuk tetamu dari China.

Pelajar dari Institut Confucius di Akademi Diraja Kemboja mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan China.

Pelajar dari Institut Confucius di Akademi Diraja Kemboja mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan China. (Gambar disediakan oleh orang yang ditemuduga)

PERMINTAAN TINGGI UNTUK KEMAHIRAN BERKAITAN KERETA API

Dengan kemajuan beransur-ansur projek kerjasama antara China dan Thailand seperti Kereta Api China-Thailand, Thailand memerlukan sejumlah besar bakat mahir yang menguasai teknologi kereta api serta bahasa Cina. Program yang diperkenalkan Institut Confucius di Universiti Khon Kaen telah memupuk bakat mahir "bahasa Cina + teknologi pengangkutan rel" untuk projek kereta api berkelajuan tinggi negara itu.

Program latihan vokasional " bahasa Cina + teknologi pengangkutan rel " di Malaysia juga telah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia tempatan. Dalam usaha untuk menjalin kerjasama dengan projek Laluan Rel Pantai Timur Malaysia yang dibina bersama oleh China dan Malaysia, kedua-dua negara menandatangani satu pelan kerjasama latihan bakat kereta api pada 2017. Universiti Malaysia Pahang terkenal dalam bidang kejuruteraan dan teknikal, dan Institut Confucius di sana juga telah ditetapkan sebagai institusi latihan bagi program "bahasa Cina + pengangkutan rel".

Prof. Ir. Ts. Dr Ahmad Ziad Sulaiman, timbalan naib canselor Universiti Malaysia Pahang, berkata, "Sejak 2018, kelas 'bahasa Cina + pengangkutan rel ' telah ditawarkan sebanyak 14 kali, dengan hampir 400 orang pelajar berdaftar. Institut Confucius telah menyusun pelbagai bahan pengajaran, dan menggunakan bahan pengajaran yang berbeza untuk pelatih dalam bidang kepakaran berbeza membabitkan sektor kereta api.”

Pada 2021, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Jiaotong Beijing turut menandatangani "Perjanjian Pendidikan Dwi Ijazah Kejuruteraan Keretapi". Pada Februari tahun ini, kumpulan pertama yang terdiri daripada 45 orang pelajar yang telah belajar bahasa Cina selama satu semester dan mendaftar dalam projek itu dihantar ke Universiti Jiaotong Beijing untuk belajar kejuruteraan kenderaan, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik dan automasi.

Ahmad Ziad optimistik mengenai prospek kerjasama antara kedua-dua universiti itu. Beliau berkata, "Saya berharap pelajar program dwi ijazah dalam bidang kejuruteraan kereta api ini akan menamatkan pengajian dengan jayanya dan berkhidmat dengan kereta api pantai timur Malaysia untuk membantu pembangunan sosiokonomi. "

Gambar berkumpulan pelajar program latihan "bahasa Cina + pengangkutan rel " Institut Confucius di Universiti Malaysia Pahang.

Gambar berkumpulan pelajar program latihan "bahasa Cina + pengangkutan rel " Institut Confucius di Universiti Malaysia Pahang. (Gambar disediakan oleh orang yang ditemuduga)

Video

Berita Berkaitan