Kantin Atlet Sukan Asia Hangzhou Sedia Terima Tetamu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 29 Ogos 2023

Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia ke-19 memaklumkan pada Isnin bahawa kerja-kerja persediaan kantin atlet Sukan Asia Hangzhou telah selesai, dan operasi akan bermula secara rasmi pada 9 September nanti. Turut diumumkan enam hidangan yang bakal disajikan di kantin tersebut, termasuklah daging Dong Po, sup ikan Song Sao, udang tumis, daging lembu goreng daun bawang, tulang rusuk bawang putih dan daging goreng.

Enam hidangan yang diumumkan terlebih dahulu di kantin atlet Sukan Asia Hangzhou.

Enam hidangan yang diumumkan terlebih dahulu di kantin atlet Sukan Asia Hangzhou. (China News Service/Guo Tianqi)

Dimaklumkan, kantin itu akan memakai model layan diri dan menawarkan pelbagai jenis hidangan termasuk masakan gaya China, Asia Timur, Asia Selatan, Timur Tengah dan Eropah. Pizza Hut dan KFC juga ditawarkan.

Menu kantin itu telah banyak menerapkan unsur tempatan dan juga membuat pengubahsuaian mengikut keperluan para atlet. Misalnya, daging Dong Po yang resipi asalnya menggunakan daging khinzir, dioleh supaya diperbuat daripada daging lembu.

Kantin atlet Sukan Asia Hangzhou. (China News Service/Guo Tianqi)

Kantin atlet Sukan Asia Hangzhou. (China News Service/Guo Tianqi)

Kerja-kerja persediaan kantin atlet Sukan Asia Hangzhou telah selesai.

Kerja-kerja persediaan kantin atlet Sukan Asia Hangzhou telah selesai. (China News Service/Guo Tianqi)

Video

Berita Berkaitan