China Gubal Undang-undang Pendidikan Prasekolah

(CRI)Selasa 29 Ogos 2023

Draf undang-undang pendidikan prasekolah mula dibahaskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada Isnin.

Menteri Pendidikan China, Huai Jinpeng berkata penggubalan undang-undang berkenaan adalah untuk menggerakkan pembangunan pendidikan prasekolah ke arah lebih inklusif, selamat dan berkualiti.

Menurut beliau, pembangunan pendidikan prasekolah perlu dilaksanakan di bawah panduan kerajaan, di samping membimbing pihak swasta terlibat dalam sektor berkenaan.

Selain itu, adalah dilarang untuk menubuhkan tadika swasta yang membuat untung dengan menggunakan dana fiskal dan aset milik negara, dan tadika tidak boleh disenaraikan di bursa saham sebagai aset korporat.

Video

Berita Berkaitan