Sarjana China dan Asing Bincang Pembangunan Pendidikan Tibet

(CRI)Jumaat 31 Mac 2023

Satu simposium mengenai pendidikan Tibet diadakan di Beijing baru-baru ini, menyaksikan lebih 60 pakar tempatan dan asing berkumpul untuk berkongsi pengalaman dan hasil penyelidikan masing-masing berhubung pembangunan pendidikan di wilayah itu.

Sherab Nyima, profesor etnik Tibet di Universiti Minzu China (MUC) yang menghadiri simposium itu menjadi saksi pembangunan dan perubahan pendidikan Tibet.

Beliau berkata banyak penduduk Tibet diperhambakan sebelum wilayah itu dibebaskan secara damai pada 1950-an. Mereka tidak diberi hak untuk menerima pendidikan dan kadar buta huruf bagi dewasa melepasi 95 peratus.

Golongan itu mendapat peluang dan hak untuk menerima pendidikan setelah pembaharuan demokrasi dilaksanakan pada 1960-an yang sekali gus menghapuskan sistem perhambaan.

Sherab sendiri pun menerima pendidikan lengkap daripada sekolah rendah hingga pengajian sarjana dan kini beliau bergelar pakar dalam bidang sejarah etnik Tibet.

Pengalamannya menggambarkan Tibet telah menubuhkan sistem pendidikan moden yang agak lengkap, memastikan hak berpendidikan penduduk pelbagai etnik diberi jaminan sepenuhnya.

Profesor emeritus dari Universiti Griffith, Colin Mackerras pula menyatakan bahawa pada masa dahulu hanya golongan lelaki berpeluang menerima pendidikan dan majoritinya adalah keturunan bangsawan.

Selepas pembebasan Tibet secara damai, kerajaan pusat China meletakkan pembinaan sistem pendidikan moden di Tibet sebagai keutamaan, menyasar untuk meningkatkan tahap penguasaan pengetahuan saintifik dan budaya masyarakat tempatan secara menyeluruh.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan