Anhui Periksa Pembinaan Stesen Kuasa "Perikanan+Fotovolta"

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 05 September 2023
Anhui Periksa Pembinaan Stesen Kuasa
Tahun-tahun kebelakangan ini, bandar Tongling di provinsi Anhui mematuhi prinsip yang mengutamakan ekologi, dan melaksanakan sepenuhnya pelan jana kuasa “perikanan+ fotovolta”. (People’s Daily Online/Gao Xiaobing)

Pada 1 September, pekerja Syarikat Bekalan Kuasa Grid Tongling mula memeriksa stesen jana kuasa "perikanan+ fotovolta" 50 megawat di bandar Tongling, provinsi Anhui.

"Perikanan+ fotovolta" merujuk kepada cara yang menggabungkan penternakan ikan dan penjanaan kuasa fotovolta. Susunan panel fotovolta didirikan di atas permukaan air, dan ikan dan udang boleh diternak di dalam air di bawah panel fotovalta yang boleh memberi naungan yang baik. Dengan demikian terbentuknya mod penjanaan kuasa baharu iaitu "kuasa dijana di atas dan ikan diternak di bawah".

Video

Berita Berkaitan