Kenderaan Rasmi untuk Kegunaan Sukan Asia ke-19 Siap Sedia

(CRI)Isnin 04 September 2023

Majlis penyerahan kenderaan rasmi untuk kegunaan Sukan Asia dan Para Asia ke-19 telah diadakan di bandar Hangzhou semalam. 

Dimaklumkan, kesemua kenderaan rasmi yang berjumlah 2,000 lebih itu merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV), dan dipercayai mampu memastikan perkhidmatan trafik antara setiap venue terjamin, dengan bersandarkan kepada sistem Pusat Pengendalian Pengangkutan menerusi satelit yang berperanan melakukan positioning yang berketepatan tinggi, serta pengurusan dan penyelarasan yang tepat dalam penggunaan kenderaan.

Pada majlis tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah Geely Holding Group, Li Shufu berkata, pihaknya sedaya upaya menyediakan perkhidmatan perjalanan kenderaan kepada tetamu dan kawan dari benua Asia bahkan seluruh dunia semasa berlangsungnya temasya Sukan Asia ke-19.

Video

Berita Berkaitan