Xi Sampai Salam Sempena Pesta Menuai

(CRI)Sabtu 23 September 2023

Presiden Xi Jinping menyampaikan salam tulus ikhlas kepada para petani serta petugas yang terlibat dalam kerja kawasan luar bandar, pertanian dan kaum tani menjelang sambutan Pesta Menuai kali keenam China.

Xi berkata tahun ini bakal menyaksikan tuaian bijirin yang lumayan diperoleh selepas kesan bencana alam berjaya diatasi termasuk curahan hujan di kawasan Huanghuai ketika gandum masak, banjir yang melanda kawasan utara dan timur laut serta kemarau di kawasan barat laut.

Beliau menekankan perlunya usaha terus dipergiat untuk memajukan pembangunan kawasan luar bandar dan mempercepat modenisasi industri pertanian dan kawasan desa.

Xi turut menuntut pihak terbabit supaya berusaha sehabis daya untuk membantu kaum tani meningkatkan pendapatan dan menikmati kehidupan lebih indah.

Video

Berita Berkaitan