Pesta Menuai Disambut Meriah

(CRI)Sabtu 23 September 2023

Kaum tani di China menyambut Pesta Menuai kali keenam dalam suasana meriah sempena ekuinoks musim luruh yang jatuh pada 23 September.

Wuhu di provinsi Anhui dipilih menjadi lokasi utama aktiviti sambutan tahun ini.

Antara pengisian menarik termasuk pameran peralatan dan teknologi pertanian, pertandingan sukan dan riadah kaum tani, pameran budaya pertanian, dan lain-lain.

Sesi promosi produk pertanian turut dilancarkan sebagai pendekatan untuk membantu kaum tani.

Video

Berita Berkaitan