Tak hampa menanti: Tujuh Atlet China Terima Pingat Olimpik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 07 Oktober 2023
Tak hampa menanti: Tujuh Atlet China Terima Pingat Olimpik
Pasukan relay lelaki China (dari kanan ke kiri) Tang Xingqiang, Xie Zhenye, Lu Xiuzhi, Qieyang Shijie, Liu Hong, Su Bingtian dan Wu Zhiqiang akhirnya menerima pingat Olimpik mereka. (Xinhua/Sun Fei)

Bergema ruang udara Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou dengan tepukan gemuruh dan sorak-sorai penonton, menghangatkan lagi majlis penyampaian pingat yang dianjurkan Jawatankuasa Olimpik China (COC).

Pada malam Rabu, hadirin meraikan atlet China yang merangkul pingat gangsa acara relay lelaki 4x100m semasa temasya Olimpik 2020 Tokyo dahulu, serta pemenang pingat lumba jalan kaki wanita 20km Olimpik 2012 di London.

Majlis menyusuli pertandingan olahraga Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China.

Mac lalu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) mengumumkan keputusan menyingkirkan kelayakan pemenang acara lumba jalan kaki wanita 20km Olimpik London selepas atlet terbabit didapati menyalahi peraturan berkaitan penggunaan dadah. Ekoran hal ini, lapan atlet di tangga teratas telah disusun semula.

Qieyang Shijie, Liu Hong dan Lu Xiuzhi dari pasukan China masing-masing menerima pingat emas, perak dan gangsa sebagai ganti.

Terdahulu, Mahkamah Penimbangtaraan Sukan pada Februari 2022 secara rasminya mengiktiraf atlet lari berganti-ganti China iaitu Su Bingtian, Xie, Wu Zhiqiang dan Tang Xingqing sebagai pemenang pingat gangsa acara relay lelaki 4x100m bagi Sukan Olimpik Tokyo yang dianjurkan pada 2021. Keputusan ini berikutan penalti yang dikenakan terhadap pasukan Britain selepas pembicaraan mendapati pelari pertama mereka, Chijindu Ujah telah melanggar larangan salah guna dadah.

Video

Berita Berkaitan