Terus Menyerlahkan Kecemerlangan Tamadun Asia

(CRI)Ahad 08 Oktober 2023

Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya di Hangzhou, provinsi Zhejiang China pada 8 Oktober.

Dalam temasya sukan yang berlangsung selama 16 hari tersebut, 12,000 atlet daripada 45 anggota Majlis Olimpik Asia (OCA) berkumpul untuk menafsirkan daya tarikan sukan.

Dengan mengamalkan konsep "hijau, pintar, berjimat cermat dan bertamadun", China telah menjayakan Sukan Asia dengan memenuhi komitmennya menyediakan venue dan kemudahan yang kelas pertama, pengendalian pertandingan yang lancar dan perkhidmatan yang berhemah dan teliti, dan turut mendapat pujian luas dari masyarakat antarabangsa khususnya OCA dan anggotanya.

Presiden China Xi Jinping menegaskan bahawa pelbagai pihak harus menggalakkan kedamaian, perpaduan dan keinklusifan melalui sukan.

“China akan menjadikan Sukan Asia edisi ini sebagai titik permulaan baharu, memanfaatkan kuasa sukan yang unik, dan menggalakkan perpaduan dan kerjasama Asia ke tahap yang baharu.

“China juga komited mengambil sikap muhibah dengan negara-negara jiran bagi mewujudkan situasi sama untung dan sama menang, menentang mentaliti Perang Dingin dan konfrontasi blok, dan bersama-sama melindungi masa keamanan yang lebih berharga daripada emas.

“Pelbagai pihak dicadangkan mengamalkan moto OCA iaitu 'Tidak berhenti maju ke hadapan’, mematuhi ‘Bukit sama didaki, lurah sama dituruni’ bagi meneroka jalan pembangunan bersama, keterbukaan dan integrasi di Asia.

“Pelbagai pihak juga dicadangkan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bidang peradaban, menegakkan kesaksamaan, memupuk rasa hormat, mempertahankan pertukaran dan saling belajar bagi membuahkan hasil tamadun yang melangkaui masa dan ruang serta penuh dengan daya tarikan abadi,” kata Xi.

Marilah kita bersama-sama menghargai dan mengingati masa Sukan Asia yang tidak dapat dilupakan ini, meningkatkan persefahaman dan merapatkan hubungan antara satu sama lain selain mewujudkan kemajuan bersama dalam proses menggalakkan pemodenan negara masing-masing, terus menyerlahkan kecemerlangan tamadun Asia, membuka halaman baharu dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib di Asia, dan bersama-sama mewujudkan masa depan yang lebih indah untuk Asia.

Video

Berita Berkaitan