Penjanaan Kuasa Loji Hidroelektrik Baihetan Cecah 100 Bilion kWj

(CRI)Jumaat 13 Oktober 2023

Kumpulan Tiga Gaung Sungai Yangtze berkata, jumlah penjanaan kuasa Loji Hidroelektrik Baihetan di Sungai Jinsha mencecah 100 bilion kilowatt-jam (kWj), bersamaan pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 82.4 juta tan.

Loji janakuasa itu mampu memenuhi permintaan pengeluaran dan kehidupan penduduk di kawasan Delta Sungai Yangtze termasuk provinsi Jiangsu dan Zhejiang.

Kapasiti pemasangan loji Baihetan mencatat 16 juta kilowatt dan merupakan loji hidroelektrik kedua terbesar di dunia selepas projek Tiga Gaung Sungai Yangtze.

Video

Berita Berkaitan