China, Argentina Ikrar Kerjasama Pragmatik Pelbagai Bidang

(CRI)Khamis 19 Oktober 2023

Presiden China Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Argentina, Alberto Fernandez yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga pada Rabu.

Xi menyatakan China bersedia bersinergi dengan Argentina untuk meningkatkan penyelarasan strategik dan menggalakkan hubungan bilateral terus berkembang mantap sehingga menjadi suri teladan perpaduan dan kerjasama Selatan-Selatan.

China menyokong usaha Argentina dalam memelihara kestabilan ekonomi dan kewangan, dan bersedia berkongsi peluang pembangunan, mendorong pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan memperkasa kerjasama pragmatik dalam bidang pertanian, infrastuktur dan lain-lain.

"China sudi mengimport lebih banyak produk berkualiti dari Argentina dan menggalakkan lebih banyak syarikat domestik melabur di negara itu," kata Xi.

Fernandez menyuarakan harapan agar kerjasama dengan China dalam bidang seperti ekonomi, perdagangan dan infrastruktur terus diintensifkan, sekali gus membawa kemajuan baharu dalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

"Argentina bersedia mengalakkan hubungan China dan negara-negara Amerika Latin, bersama-sama China untuk mempertahankan multilateralisme, di samping meningkat komunikasi dan penyelarasan dalam mekanisme antarabangsa seperti G-20, mekanisme kerjasama negara BRICS dan lain-lain. "

Video

Berita Berkaitan