Melawat Loji Fotovolta Tertua China: Bunga Matahari Mekar di Celah Gunung

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 06 November 2023

Berapa tahunkah tahannya sebuah loji jana kuasa fotovolta? Angka sebenar belum diketahui, namun sebuah loji yang terletak di Lanzhou, provinsi Gansu telah menjawab soalan ini dengan cara lain.

Terletak di Institut Penyelidikan Tenaga Asli Gansu, stesen jana kuasa fotovolta ini yang adalah paling lama yang masih wujud di China. Stesen ini siap dibina pada tahun 1983 di kampung Xiaocha, pekan Yuanzi, kaunti Yuzhong, dan kemudiannya dipindahkan ke Institut Tenaga Asli Gansu. Hingga kini, sejarahnya sudah menjangkau 40 tahun.

Di Institut Penyelidikan Tenaga Asli Gansu, letaknya stesen jana kuasa fotovolta yang tertua di China. Loji ini merupakan penjana kuasa solar berkapasiti 10kW yang pertama di negara ini. Siap dibina di kampung Xiaocha di bandar Lanzhou pada tahun 1983, penjana ini kemudiannya dipindahkan ke Institut Penyelidikan Tenaga Asli Gansu. Hingga kini, sejarahnya sudah menjangkau 40 tahun. (China News Network/Liu Wenwen)

Di Institut Penyelidikan Tenaga Asli Gansu, letaknya stesen jana kuasa fotovolta yang tertua di China. Loji ini merupakan penjana kuasa solar berkapasiti 10kW yang pertama di negara ini. Siap dibina di kampung Xiaocha di bandar Lanzhou pada tahun 1983, penjana ini kemudiannya dipindahkan ke Institut Penyelidikan Tenaga Asli Gansu. Hingga kini, sejarahnya sudah menjangkau 40 tahun. (China News Network/Liu Wenwen)

Menurut laporan, kampung Xiaocha pada ketika itu antara tempat yang paling miskin di provinsi Gansu. Lokasinya di celah-celah gunung, di ketinggian 2,600 meter, dan keadaan lalu lintas amat buruk. Sebelum 1983, oleh sebab tiada bekalan elektrik, penduduk tempatan bergantung sepenuhnya pada lampu minyak dan lilin. Keadaan berubah pada 1983 apabila stesen jana kuasa fotovolta berkapasiti 10kW pertama di China dibina di sini, sekali gus membekalkan elektrik kepada kediaman 130 keluarga.

Maklum Li Shimin, timbalan pengarah Jawatankuasa Profesional Fotovolta kendalian Persatuan Tenaga Boleh Baharu China, modul fotovolta yang digunakan itu dilengkapi 36 sel bateri silikon 102x102 monohabluran yang output nominalnya direkodkan pada 45 peak watt, dengan kapasiti terpasang 10 ribu peak watt. Dipadankan dengan 200 unit bateri 900 ampere-jam, ia membentuk pek bateri bervoltan DC 200 volt.

Sekarang, loji jana kuasa fotovolta tersebut masih berfungsi dengan stabil meskipun telah mengharungi cuaca teruk di barat laut negara seperti suhu sejuk dan panas serta pasir dan debu yang membadai selama 40 tahun. Ia terus menjana elektrik, mengekalkan paras kuasa 7kW hingga ke hari ini.

“Sejarah perkembangan fotovolta di China jauh melebihi tempoh 40 tahun. Sektor ini baru mengambil langkah pertama ke depan, dan perjalanan masih jauh. Kuasa suria satu topik perbincangan tetap, dan penjanaan kuasa menggunakan teknologi fotovolta sesuatu yang amat penting bagi umat manusia,” ujar Li Shimin.

Profesor Shi Zhengrong dari Universiti Kuasa Elektrik Shanghai pula menyatakan operasi loji fotovolta di Gansu selama 40 tahun lalu mengesahkan bahawa produk fotovolta silikon habluran boleh diyakini kerana sudah pun jauh melampaui tempoh jaminan yang diterima pakai dalam industri iaitu 25 tahun. Modul terbabit bahkan masih boleh dipakai lebih lama.

Video

Berita Berkaitan