China Berjaya Lancarkan Tiga Satelit dari Laut

(CRI)Selasa 26 Disember 2023

China berjaya melancarkan tiga satelit ke angkasa lepas dari perairan yang berhampiran dengan pantai Yangjiang, provinsi Guangdong di selatan China pada pukul 6:39 pagi tadi.

Ketiga-tiga satelit Shiyan-24C dilancarkan oleh Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan dengan menggunakan roket pembawa Long March-11 dan telah memasuki orbit yang dijadualkan.

Satelit tersebut akan digunakan untuk eksperimen sains dan teknologi di angkasa lepas.

Untuk rekod, ini merupakan misi penerbangan ke-503 bagi siri roket pembawa Long March.

Video

Berita Berkaitan