Lapangan Terbang di Tapak Warisan Dunia China Sambung Operasi Laluan Antarabangsa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 27 Disember 2023
Lapangan Terbang di Tapak Warisan Dunia China Sambung Operasi Laluan Antarabangsa

Lapangan terbang antarabangsa Dunhuang Mogao yang terletak berhampiran Mogao Grottoes, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO di barat laut China, secara rasminya menyambung semula laluan udara antarabangsa pada Ahad.

Tepat pukul 7.20 pagi Ahad, sebuah penerbangan carter membawa pelancong dari Jakarta, Indonesia tiba di lapangan terbang, sekali gus menjadi penerbangan sewa khas pelancong antarabangsa pertama yang mendarat di lapangan terbang itu tahun ini.

Sebanyak lapan penerbangan akan menggunakan laluan udara Indonesia (Jakarta)-Kunming-Dunhuang dari 24 Disember 2023 hingga 5 Jan 2024 yang dikendalikan oleh Batik Air.

Difahamkan, hampir 600 pelancong dari Indonesia dijangka melawat ke Dunhuang dengan penerbangan carter.

Menurut maklumat, lapangan terbang itu juga merancang untuk membuka laluan pelancong yang menghubungkan Hong Kong (China), Seoul (Korea Selatan) dan Nha Trang (Vietnam) pada 2024.

Dunhuang terkenal dengan Groto Mogao yang tersenarai dalam UNESCO, turut mempunyai beberapa koleksi seni Buddha purba yang paling penting di China. Setiap tahun, gua tersebut menarik sejumlah besar pelancong dari dalam dan luar negara.

Video

Berita Berkaitan