Pemodenan Hidupkan Semula Lukisan Ukir Kayu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 06 April 2023

Sejak 1910, lukisan ukir kayu Tongshou telah menjadi warisan budaya yang paling baik dilindungi dan didokumenkan di provinsi Anhui, timur China.

Tong Min, pewaris generasi ke-4 lukisan ukir kayu Tongshou, mula mempelajari kraf ini bersama abang kepada datuknya ketika dia berumur 7 tahun. Pada 2018, dia membuka semula bengkel keluarga di bandar Hefei, provinsi Anhui.

Bagaimana menghidupkan semula kraftangan tradisional dan menjadikan seni itu diiktiraf oleh orang ramai hari ini, menjadi satu cabaran bagi para pewaris peninggalan budaya tidak ketara.

Menurut Tong, orang ramai hari ini menambah unsur moden kepada seni tradisional yang kebanyakannya sebelum ini bertemakan simbol budaya tradisional seperti tanda zodiak dan tanda bertuah. Saiz dan bingkainya juga telah diubah suai agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian pada zaman moden.

Selain daripada dewan pameran dan bengkel, sebuah pusat penyelidikan yang memfokuskan budaya rakyat tradisional Anhui telah ditubuhkan. Pusat ini mempunyai pangkalan data sendiri untuk menganalisis dan memulihkan sampel lukisan yang berbeza.

Pada Mei 2022, lukisan ukir kayu Tongshou disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara di provinsi Anhui.

“Memandangkan jumlah warisan budaya telah meningkat dan skuad pembelajaran budaya tradisonal telah diperluas, perlunya usaha sepadan untuk mendorong budaya tradisional terus berkembang hari ini,” kata Tong.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan