Anwar: Tak Patut Halang Malaysia Berbaik dengan China

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan terbarunya menegaskan lagi bahawa Malaysia tidak patut dihalang daripada berbaik dengan China.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Anwar yang berada di Melbourne untuk menghadiri sidang kemuncak Australia dan ASEAN, mengulas semula kecamannya sebelum ini mengenai sentimen “China-phobia” yang makin menjadi-jadi di Barat.

“Saya bangkitkan isu China-phobia disebabkan kritikan yang ditujukan kepada kami kerana lebih memberikan tumpuan kepada China,” beliau berkata kepada media, semasa sidang taklimat yang diatur bersama PM Australia Anthony Albanese.

Memetik Anwar, menurut transkrip yang disiarkan laman web rasmi Albanese, China adalah sumber pelaburan dan rakan dagang utama Malaysia pada masa ini.

Tegasnya lagi, Malaysia negara yang “sangat berdikari” dan tidak mahu “diperintah oleh mana-mana kuasa”.

“Jadi, selagi kami tetap menjadi rakan penting AS dan Eropah malah juga Australia, mereka tidak patut menghalang kami daripada berbaik dengan jiran-jiran yang penting, khususnya China.

“Jika mereka ada masalah dengan China, mereka tidak patut membabitkan kami. Kami tidak ada masalah dengan China.

Pada bulan lepas, Anwar mengecam gelombang “China-phobia” yang makin menular di AS dan sesetengah sekutunya di Barat, dalam satu temu bual dengan Financial Times London.

Video

Berita Berkaitan