Pelancong ASEAN Antara Teramai ke Sichuan

Baru-baru ini, provinsi Sichuan, barat daya China menampakkan kedatangan pelancong asing yang semakin ramai. Pelancong dari negara-negara ASEAN antara yang teramai daripada itu, terutamanya Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam dsb, maklum beberapa agensi pelancongan si Chengdu, ibu provinsi Sichuan.

“Jadual saya penuh sepanjang bulan Mac.” Kata Su Man, pemandu pelancong berbahasa Thai di Chengdu.

Lagi banyak rombongan pelancong Thailand akan tiba di Chengdu bulan depan menjelang Tahun Baru Thai, iaitu Songkran, turut dimaklumkan Su Man.

Hal ini adalah berkat langkah pengecualian visa serta penambahan penerbangan antarabangsa.

“Sejak awal tahun ini, kami sudah melayani seribu lebih pelancong asing,” kata Yang Shijun, Pengurus Besar Sichuan China Youth Travel Service. Pendapatan syarikat itu dianggarkan akan meningkat 40% tahun ini.

Sichuan, terkenal sebagai kampung halaman panda gergasi, mempunyai sumber pelancongan cukup kaya seperti Lembah Jiuzhaigou(九寨沟), Gunung Emei(峨眉山), Tali Air Dujiangyan(都江堰) dan sebagainya.

Gambar yang diambil pada pada 7 Oktober 2022 menunjukkan pamandangan Lembah Jiuzhaigou yang diselimuti salji di Sichuan. (Xinhua/Liang Feng)

Gambar yang diambil pada pada 7 Oktober 2022 menunjukkan pamandangan Lembah Jiuzhaigou yang diselimuti salji di Sichuan. (Xinhua/Liang Feng)

Gambar dron yang diambil pada 4 Mac 2023 menunjukkan Projek Tali Air Dujiangyan di Sichuan yang tersenarai sebagai warisan dunia UNESCO. (Foto/Xinhua)

Gambar dron yang diambil pada 4 Mac 2023 menunjukkan Projek Tali Air Dujiangyan di Sichuan yang tersenarai sebagai warisan dunia UNESCO. (Foto/Xinhua)

Gambar yang diambil pada 24 April 2022 menunjukkan panda gergasi di Wolong National Nature Reserve, Sichuan.(Foto/Xinhua)

Gambar yang diambil pada 24 April 2022 menunjukkan panda gergasi di Wolong National Nature Reserve, Sichuan.(Foto/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan