Menteri Luar Wang Yi akan Lawat New Zealand dan Australia

(CRI)Jumaat 15 Mac 2024

Menteri Luar China Wang Yi akan mengadakan lawatan ke New Zealand dan Australia pada 17 hingga 21 Mac.

Lawatan Wang, yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, adalah atas undangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand dan Menteri Luar Australia.

Sempena lawatan ke Australia, Wang Yi juga akan mengadakan Dialog Diplomatik dan Strategik China-Australia pusingan ketujuh dengan Menteri Luar Australia Penny Wong.

Video

Berita Berkaitan