Xi Ucap Takziah Serangan Pengganas di Rusia

(CRI)Isnin 25 Mac 2024

Presiden China Xi Jinping hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin atas serangan pengganas yang berlaku di sebuah dewan konsert di pinggir Moscow.

Xi berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menyebabkan kehilangan nyawa itu.

Beliau turut menyampaikan rasa simpati dan dukacita kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Xi menegaskan bahawa China menolak keganasan dalam semua bentuk dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.

Menurut beliau, China akan terus berdiri teguh dalam menyokong usaha Rusia memelihara keselamatan dan kestabilan negara.

Video

Berita Berkaitan