Xi Ucap Takziah kepada Presiden Brazil

(CRI)Ahad 10 September 2023

Presiden China, Xi Jinping mengucap takziah kepada rakan sejawatnya dari Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva atas bencana banjir yang melanda kawasan selatan negara itu.

Xi menyatakan bahawa amat terkejut setelah diberitahu tentang bencana banjir yang serius yang berlaku di beberapa tempat Brazil termasuk negeri Rio Grande do Sul dan mengakibatkan kematian dan kecederaan teruk. Beliau atas nama kerajaan dan rakyat China menyampaikan dukacita kepada mangsa korban serta rasa simpati yang ikhlas kepada keluarga mangsa, dan semoga mereka yang cedera sembuh cepat.

Beliau yakin kampung halaman mangsa banjir di Brazil pasti dapat dibangunkan semula setelah mengatasi kesukaran.

Video

Berita Berkaitan