Tibanya Musim Bunga, Produk Bercorak Bunga Kian Laris

Tibanya Musim Bunga, Produk Bercorak Bunga Kian Laris
Foto menunjukkan corak bunga 24 penggal suria gubahan pereka individu, Li Jing. (Foto oleh Li Jing/melalui Xinhuanet)

Produk budaya bercorak bunga kian laris, tatkala pelancong keluar berjalan-jalan untuk menghayati kemekaran bunga di merata China.

Musim bunga tahun ini menyaksikan pelancong membanjiri Taman Yuyuantan, lokasi berpemandangan indah di Beijing yang terkenal kerana bunga ceri, untuk mengambil gambar tarikan terbarunya iaitu aiskrim berupa bunga ceri.

Taman itu dalam pengumuman menerusi akaun WeChat rasminya pada Februari, memaklumkan rancangan untuk menambah baik produk kreatif bertemakan budaya yang ditawarkan. Ini termasuklah produk seperti gelang, selendang dan selimut bercorak bunga ceri.

Cuaca yang bertambah nyaman juga bermakna kedai-kedai khas menjual produk kreatif bertemakan budaya turut menyiapkan bahagian pameran musim bunga.

“Bahagian pameran kami yang dihiasi corak bunga telah menarik ramai pelanggan mengambil gambar dan berkongsi di media sosial, sekali gus melariskan jualan kami,” kata seorang penjual di jalan beli-belah Wangfujing, Beijing.

“Tibanya Pesta Qingming, kami menanti-nantikan berlaku lagi pertambahan jualan yang mendadak,” katanya.

Pesta Qingming yang juga dikenali sebagai pesta membersihkan kubur, jatuhnya pada 4 April tahun ini. Di China, hari itu diperingati dengan cuti umum selama tiga hari.

Video

Berita Berkaitan