Status Siap ECRL Capai 60 Peratus

Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek rel mega di Malaysia oleh Syarikat Pembinaan Komunikasi China (CCCC) secara keseluruhannya sudah mencapai 60 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link, Darwis Abdul Razak pada Ahad berkata bahawa kemajuan terbesar projek itu dapat disaksikan di negeri Kelantan, dengan kadar siap sebanyak 75.8 peratus.

“Projek ECRL di Kelantan sejauh 43 kilometer melibatkan pembinaan dua stesen iaitu stesen penumpang di Kota Bharu serta stesen penumpang dan kargo di Pasir Puteh.

“Laluan ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) di Gombak, Selangor dijadualkan siap pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027, manakala laluan ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang dijangka siap pada Disember 2027," katanya.

Tambah Darwis, siapnya tiga terowong ECRL baru-baru ini menjadikan jumlah keseluruhan terowong kini sebanyak 30.

ECRL, projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dipelopori oleh China, bermula dari hab pengangkutan terbesar Malaysia iaitu Pelabuhan Klang dan merentasi semenanjung ke negeri Kelantan di timur laut.

Video

Berita Berkaitan