BFA: Asia Sokong Kestabilan dan Pertumbuhan Ekonomi Sejagat

(CRI)Rabu 27 Mac 2024

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2024 mengeluarkan Laporan Tahunan 2024 Prospek dan Proses Integrasi Ekonomi Asia, pada sidang media pada Rabu.

Menurut laporan itu, kadar pertumbuhan ekonomi dan skala ekonomi Asia lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Laporan itu mendapati bahawa dengan dukungan penggunaan yang kuat dan dasar kewangan yang positif, kadar pertumbuhan ekonomi Asia diunjur lebih tinggi berbanding 2023 dan mencatat kira-kira 4.5 peratus.

Dikira pada pariti kuasa beli, skala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia diunjur menduduki 49 peratus daripada dunia pada 2024, naik 0.5 peratus berbanding tahun lalu, dan ia sekali gus menjadikan Asia penyumbang terbesar bagi kadar pertumbuhan sejagat.

Para peserta BFA kali ini berpendapat bahawa kuasa penggerak bagi pertumbuhan ekonomi China sedang berubah dan pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini diunjur lebih baik berbanding tahun lalu.

Dalam aspek perdagangan dan pelaburan, laporan itu mendapati bahawa trend penurunan Asia pada 2023 dijangka akan pulih naik pada tahun ini.

Sementara itu, rantau Asia-Pasifik akan menjadi pasaran e-niaga runcit yang paling besar di dunia. Jumlah jualan e-niaga runcit di China, Jepun, Korea Selatan dan India masing-masing menduduki dalam ranking 10 teratas di dunia pada 2023.

Menurut pakar ekonomi, pasaran gergasi di China mewujudkan kelebihan bagi produk hiliran dan meningkatkan kuota China dalam rantaian perindustrian global.

Pakar menegaskan, pemulihan ekonomi kurang kuat dan konflik geopolitik berlarutan pada 2024. Pelbagai entiti ekonomi dari Asia bersama-sama memelihara kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian pembekalan serta mendorong proses integrasi ekonomi serantau. Ini menyediakan sokongan kuat kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi sejagat.

Video

Berita Berkaitan