Pembangunan Boao Jelas Terasa

(CRI)Khamis 28 Mac 2024

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2024 diadakan di Boao, selatan China pada 26 hingga 29 Mac. BFA tahun ini bertemakan "Asia dan Dunia: Cabaran Bersama, Tanggungjawab Bersama".

Boao yang dikenali sebagai 'perkampungan nelayan kecil' pada masa dahulu kini telah menjadi 'pekan diplomatik' berikutan BFA yang diadakan di sana setiap tahun. Selain itu, Boao juga menjadi tempat pelancongan yang popular, dan menarik lebih ramai pemuda dari Boao untuk kembali ke kampung halaman bagi memulakan keusahawanan.

Zhong Xian, 36, berasal dari Boao. Pada 2016, beliau kembali ke kampung halamannya dan membuka sebuah B&B. Berkemahiran dan berpengalaman dalam industri reka bentuk, Zhong bersandarkan rumah penginapan itu sehingga berjaya mencipta rantaian industri yang meliputi sektor kreatif, penginapan dan pelancongan.

Di samping mengendalikan rumah penginapan, Zhong juga menawarkan kursus kepada kanak-kanak, mempromosikan pengetahuan tentang perlindungan alam sekitar dan hidupan marin.

Sebagai salah seorang yang paling awal membuka B&B di Boao, Zhong telah menyaksikan pembangunan pekan itu dengan matanya sendiri.

"Perubahan paling besar di Boao adalah ia semakin moden dan antarabangsa," katanya.

Video

Berita Berkaitan