Fu Zai, Anjing Polis Corgi Pertama China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 April 2024

Meskipun baru berusia enam bulan, Fu Zai, anjing corgi kini bersedia untuk menghidu masalah, memikul tugasnya sebagai anjing polis pertama China bagi baka tersebut, sekali gus memecahkan stereotaip.

Baru-baru ini, anjing corgi comel itu menjadi tular selepas membuat penampilan sulungnya pada acara hari terbuka yang diadakan di sebuah kem polis di bandar Weifang di Wilayah Shandong, timur China.

Haiwan tersebut dikatakan menjadi sensasi dengan memiliki wajah senyumnya yang ikonik, "kaki pendek kecil" yang comel, serta kemahiran luar biasa dalam menghidu bom.

Ketika baru berusia dua bulan sahaja, Fu Zai sudah menunjukkan prestasi dan keupayaan yang mengatasi anjing-anjing polis lain pada usia yang sama. Wang Yanan, ketua pangkalan anjing polis di biro keselamatan awam Weifang, menyifatkan haiwan tersebut berkaki empat cantik itu sebagai mempunyai "keinginan untuk maju."

Fu Zai menunjukkan kelebihan unik dan secara konsisten cemerlang sebagai "pelajar kategori A" semasa hari latihan awalnya.

Walaupun ditempatkan sebagai anjing polis simpanan, Fu Zai masih memikul tugas besar, seperti terlibat dalam sesi latihan yang merangkumi latihan ketaatan, selain pencarian bom serta pengesanan bau yang diadakan pada setiap pagi dan petang.

"Ia mudah menyesuaikan diri dengan alam sekitar, tidak sensitif, dan keinginannya untuk memiliki barang-barang serta minat mendalamnya terhadap makanan adalah kondusif untuk latihan kami," kata Wang.

Tambahnya, dedikasi Fu Zai menjadi dorongan kepada sanggahan yang menarik terhadap pelbagai keraguan.

Selepas empat bulan latihan, Fu Zai kini mampu merangkak terus di bawah kenderaan untuk penyiasatan, atau memasuki ruang dalaman yang sempit secara lancar dengan memanfaatkan kaki pendek dan bentuk badannya yang kecil.

Penampilannya yang comel juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara anjing polis dan orang ramai.

Namun, sebagai anggota baru, Fu Zai masih memerlukan latihan lanjut untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kompleks sebelum memikul sebarang tugas rasmi.

"Anjing polis bukan sahaja comel, para jurulatih melaburkan usaha yang besar untuk melatih secara teliti agar semuanya menjadi anjing profesional yang berkemahiran tinggi," kata Wang.

Video

Berita Berkaitan