Tujuh Hidangan Tradisi Sempena Qingming

Hari Qinming, atau lebih dikenali sebagai Hari Membersihkan Kubur, merupakan festival tradisional kepada orang China untuk memperingati nenek moyang dan juga mereka yang telah meninggal dunia.

Pada hari tersebut, penduduk di pelbagai kawasan di China akan menghidangkan pelbagai jenis makanan mengikut kepada tradisi setempat.

Daripada bebola nasi hijau, telur dadar hinggalah doh goreng dan penkek, berikut adalah tujuh makanan tradisional yang kebiasaannya dinikmati pada hari istimewa itu.

1. Bebola nasi hijau (青团)

Qingtuan, atau bebola nasi hijau, dimakan pada hari Qinming secara meluas di kawasan selatan Sungai Yangtze. Hidangan bermusim ini biasanya diperbuat daripada pulut dengan campuran bebaru Cina (mugwort) yang ditumbuk iaitu herba liar yang boleh dimakan, yang dianggap dapat mencegah gigitan serangga beracun.

(Foto/IC)

(Foto/IC)

2. Sanzi (馓子)

Di bahagian utara dan selatan China, menikmati sanzi atau doh goreng sudah menjadi suatu kelaziman pada Hari Qinming. Namun, sanzi di utara dan selatan China berbeza antara satu sama lain dari segi saiz dan bahan. Penduduk di bahagian utara lebih berminat dengan saiz yang lebih besar dan diperbuat daripada gandum, manakala penduduk di selatan pula lebih memilih sanzi yang lebih kecil dan diperbuat daripada beras.

(Foto/IC)

(Foto/IC)

3. Lempeng nipis (薄饼)

Lempeng nipis ialah makanan popular khususnya bagi penduduk Xiamen di provinsi Fujian, bahagian tenggara China pada Hari Qinming. Untuk menjadikan ia lebih enak, mereka biasanya menambah rumpai laut kering, telur dadar, sayur-sayuran dan sos cili ke dalam penkek.

(Foto/IC)

(Foto/IC)

4. Daun bawang dan telur dadar (大葱和蛋饼)

Bagi penduduk di Qingdao yang terletak di provinsi Shandong, timur China, hidangan yang akan dinikmati adalah daun bawang bersama dengan telur dadar pada hari itu.

Bagi mereka, gabungan istimewa itu dipecayai dapat membantu meningkatkan penglihatan dan menjadikan mata lebih cerah.

Pada zaman dahulu juga, murid-murid sering menghantar telur kepada guru masing-masing pada hari tersebut untuk menzahirkan rasa hormat.

(Foto/IC)

(Foto/IC)

5. Nasi kukus dengan daun sawi (荠菜饭)

Di banyak tempat di provinsi Fujian, tenggara China, penduduk tempatan mempercayai bahawa menikmati hidangan nasi kukus dengan daun sawi pada Hari Qinming boleh membantu mencegah kudis dan penyakit kulit lain sepanjang tahun.

(Foto file)

(Foto file)

6. Pau Zitui (子推馍)

Pau kukus ini dinamakan sempena Jie Zitui, seorang pertapa terkenal Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh (770-476 SM).

Lazimnya, penduduk di provinsi Shanxi mempunyai tradisi menikmati ban tersebut pada Qinming. Dihiasi dengan hiasan haiwan dan bunga yang berwarna-warni, inti pau tersebut turut diisi dengan telur dan kurma Cina bagi meningkatkan rasa manis.

(Foto/sust.edu.cn)

(Foto/sust.edu.cn)

7. Ai ban (艾粄)

Bagi masyarakat Hakka di China, ai ban, atau ladu yang diperbuat daripada ulam raja dan beras, merupakan hidangan wajib untuk dinikmati pada Hari Qinming. Makanan itu juga ditambah dengan kacang tanah dan kacang hitam untuk rasa yang lebih pelbagai. Selepas mengukus ladu selama 15-20 minit, makanan sedia untuk dihidangkan.

(Foto file)

(Foto file)

Video

Berita Berkaitan